Posts

Showing posts from April, 2018

Tak boleh buat baik, jangan buat jahat.

Image
Orang islam sekarang ni, ramai yang sudah terikut-ikut fenomena atau trent-trent semasa. Tak kiralah orang muda atau tua, malahan kanak-kanak juga terikut sebab mereka melihat dan mengambil contoh ibu bapa mereka.Gejala sosial yang melampau, penzinaan, fitnah memfitnah, membuka aib orang lain dan banyak lagi. Ni semua berpunca sebab kita sudah "tinggalkan"  Nabi muhammad saw dalam hidup kita. Sunnah nabi kita tak ikut, asyik nak komplen dan takut apa orang kata kat kita. Hiraukan mereka. Kita buat amalan kita dapat pahala, mereka yang mengutuk mereka yang berdosa. Kuatlah dalam membuat kebaikan, kalau tak boleh buat kebaikan jangan sesekali buat jahat..ok?

Cara cara menjadi BIJAK

Image
Orang yang BIJAK ni  pikir dulu baru cakap, berbeza pula dengan orang jahil, banyak cakap tanpa berfikir..... Ingatlah! Sebaik baik ucapan kita, mestilah ucapan itu disandarkan kepada Allah swt. Manusia sudah dianugerahkan dengan akal yang sihat, yang boleh berfikir mana perkara yang baik dan mana perkara yang jahat. Jadi, gunakanlah akal fikiran ni untuk buat yang baik dan tinggalkan yang tidak baik. Apa beza you dengan lembu? You ada akal, lembu tiada akal. * Jom sama2 berubah.. 😁👍

Ciri-ciri orang Berhikmah

Image
Maqam yg tertinggi sekali utk Ilmu adalah Hikmah. Ingatlagi kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir ? Nabi Khidir adlh Cth org yg ada "Hikmah". Selain Nabi khidir, contoh yang lain seperti kisah Luqman dan anaknya. Sudah baca kisah mereka. Merekalah antara contoh manusia-manusia yang ada ilmu hikmah. Dan bagaimana ingin mendapat ilmu hikmah ini? Tiada cara lain selain kembali kepada Al Quran  kitab Allah dan sunnah nabi muhammad s. A. W.

Al Quran Sumber kuasa "Super Hero"

Image
"Al Quran Sumber Hikmah" Dalam meraih ilmu, sama ada ilmu Duniawi mahupun ukhrawi. Faham terhadap Ilmu itu penting. Maka setiap kefahaman itu datang daripada HATI yang BERSIH dan HATI yang IKHLAS. Dalam memahami konsep HIKMAH pula. Al Quran iaitu Kalam Allah itu merupakan Teras kepada Sumber Hikmah. KAJILAH AL Quran. Padanya ada pelbagai Ilmu yang meliputi ilmu Duniawi dan Ukhrawi. Padanya juga ada menceritakan perkara Yang Lepas, Sekarang dan perkara yang Akan Datang!. Hendak menjadi orang yg Berhikmah? Fahamilah Al Quran. *Rajin2laTadabburQuranTau😘

Best ke jadi 'makcik bawang'?

Image
Di dalam kitab Al Hikam karangan Ibn Ataillah al sakandari mengatakan setiap kata-kata kepujian yang diberikan kepada kita, Hendaklah kita sandarkan puji pujian itu kepada Allah Swt KERANA...kita DIMULIAKAN bukan kerana Perbuatan atau amalan kita itu, tetapi Kerana Allah TUTUP AIB KITA. Hakikat sesuatu kebaikan dan kejahatan itu datang drpd Allah, kalau menerima kebaikan, bersyukurlah, jika sebaliknya, bersabarlah. Sebaik baik perancang Takdir itu adalah perancangan Drpd Allah. Bukan kita. Keep Smile and be Tough! #daitekno