Bernilaikah air mata kita?

Fitrah Seorang Manusia itu untuk MENANGIS. Anda pernah menangis? Menangis kerana apa? Adakah berbaloi tangisan Anda? Allah swt SUKA kepada Hamba-hambanya yang menangis dan meratap kepadaNYA. Allah SUKA kepada hambanya yang senantiasa Berdoa dan Meminta Pertolongan DariNYA dan... Allah suka untuk Memakbulkan dan memperkenankan Semua doa kita itu. Jadi, jangan sesekali Berputus Asa daripada Rahmat Allah ya. Remember Always put trust to Allah swt. Abu Hurairah RA menyebutkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Ada tiga pasang mata tidak terlihat dalam neraka; (iaitu) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, mata yang (tidak tertidur untuk) berjaga di jalan Allah dan mata yang menutup dari apa yang diharamkan oleh Allah,” (HR al-Khila’i dalam kitab al-Fawa’id dan Ibnu ‘Asakir dalam kitab at-Tarikh). M ata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT. Tangisan air mata kerana takut kepada Allah dapat memadamkan lautan api, kerana ras...