Sunnah Nabi. Adakah sekadar senyum?
Rasulullah saw adalah sebaik baik manusia yang wujud di dunia ini. Beliau merupakan seorang lelaki yang jujur dan amanah, suami yang romantik, bapa yang penyayang, ahli perniagaan yang berjaya, pemimpin yang adil, dan seterusnya menjadi seorang Rasul Allah iaitu pesuruh Allah.
Rasulullah sebaik-baik contoh teladan. Segala perbuatan, percakapan dan akhlak baginda adalah sunnah baginda yang perlu kita sebagai ummatnya amalkan.
Jangan malu untuk zahirkan sunnah. Apa identiti anda sebagai muslim? Apa yang anda bangga sebagai muslim ? Ingatlah pesanan Rasulullah saw kepada kita..
Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ “Islam muncul dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang terasingkan itu.” (HR. Muslim no. 208)
*Mari sama2 kita hidupkan Sunnah Nabi balik Ya😘
Comments
Post a Comment