Bernilaikah air mata kita?

Fitrah Seorang Manusia itu untuk MENANGIS. Anda pernah menangis? Menangis kerana apa? Adakah berbaloi tangisan Anda?

Allah swt SUKA kepada Hamba-hambanya yang menangis dan meratap kepadaNYA.

Allah SUKA kepada hambanya yang senantiasa Berdoa dan Meminta Pertolongan DariNYA dan... Allah suka untuk Memakbulkan dan memperkenankan Semua doa kita itu. Jadi, jangan sesekali Berputus Asa daripada Rahmat Allah ya. Remember Always put trust to Allah swt.



Abu Hurairah RA menyebutkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Ada tiga pasang mata tidak terlihat dalam neraka; (iaitu) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, mata yang (tidak tertidur untuk) berjaga di jalan Allah dan mata yang menutup dari apa yang diharamkan oleh Allah,”(HR al-Khila’i dalam kitab al-Fawa’id dan Ibnu ‘Asakir dalam kitab at-Tarikh).
Mata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT. 
Tangisan air mata kerana takut kepada Allah dapat memadamkan lautan api, kerana rasa takut yang ia rasakan telah membakar hatinya, melelehkan hatinya yang keras, membuatnya menangis berlindangan air mata, dan memadamkan api maksiatnya. Tangisan ini memiliki makna dan nilai yang sangat tinggi di sisi-Nya kerana tangisan seperti inilah yang dapat menyelamatkan dirinya dari azab neraka dan mengangkat darjatnya ke tingkat tertinggi di sisi Allah SWT.    (sumber daripada Yadim. Com. My) 
Saya selalu teringat pesanan seorang ustaz ni, " bagaimana kamu boleh berputus asa daripada rahmat Allah sedangkan syaitan tidak pernah putus asa ingin memasukkan kamu ke Neraka?". 

Credit pic to: afiqfauzi. Tumblr. Com

Comments

Popular posts from this blog

Sunnah Nabi. Adakah sekadar senyum?

Best ke jadi 'makcik bawang'?

Al Quran Sumber kuasa "Super Hero"